hai.. welcome to my blog.
Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera..terima kasih kepada yang sudi melawati blog saya ni..ini merupakan blog saya yang pertama..Pengalaman atau kisah yang saya ingin kongsikan kepada korang semua ialah mengenai makanan.
Saya membuat blog ini sekadar untuk berkongsikan pengalaman dan pengembaraan yang saya minati.
Sebelum terlupa...izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu...saya Muhammad Aizat Aizuddin b. Zainal Arifin..boleh panggil saya aizat..saya seorang student..mengambil bidang kulinari..berumur 19tahun.
Tujuan saya membuat blog ini bukan sekadar suka-suka tetapi untuk menunjukkan pengalaman dan aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya belajar dalam bidang kulinari.
saja nak tambah-tambah sikit gambar makanan..namapun nak cerita pasal makanan kan..so kenalah letak banyak gambar..sorry tak banyak sangat idea untuk permulaan blog tapi mungkin dengan support korang..saya boleh mencuba dan mengusahakan sebaik mungkin untuk menjayakan blog ni.
pengalaman pertama yang saya akan perlihatkan bukan sekarang tetapi akan saya tunjukkan pada esok petang atau malam insha Allah..dekat mana?kena tunggu dan lihat la baru tahu..biar suspen nanti baru teruja..amin..ok rasanya itu saja untuk intro..
31JANUARI2018
_______________
Ok guys..hari ni saya nak tunjukkan bebrapa pengalaman saya tuk hari ni..banyak tempat yang saya pergi hari ni..agak penat tapi untuk para viewers saya cuba buat yang terbaik..
Saya nak ceritakan tentang warung viral..apa itu viral? Tak semua orang tahu ape itu viral kan.? Jadi ni ada serba sikit tentang pengertian viral.. Pengertian viral adalah aktiviti didunia maya yang menggambarkan penyebaran sebuah informasi melalui media online yang tersebar dengan cepat sehingga membuatnya menjadi popular dan menjadi perbincangan
khalayak umum. Informasi dapat berupa foto,video,berita dan lain sebagainya.
Pengertian viral dalam marketing..Viral dalam dunia marketing diertikan sebagai strategi dan proses penyebaran pesan elektronik yang menjadi saluran untuk mengkomunikasikan informasi suatu produk kepada masyarakat secara meluas dan berkembang.
Haa...nampak tak ni kedai apa..baru sikit saya tunjuk..jangan terkejut ada lagi..nama kedai ni Roti John Cheese Sekilo..sebab apa nam di sekilo?nanti saya tunjukkan kenapa..kedai ni terletak di shah alam seksyen 19..alamat dia Tapak Penjaja Sementara MBSA,Jalan Nelayan 19/B,Seksyen 19,43000 Shah Alam,Malaysia..
ni haa gambar abang ni buat roti john..pergh...lapar balik bila tengok..
aizat payung lagi satu gambar...bahan dia..telur,daging(sebab order daging..hee),cheese segenggam..memang terbaik..

bila dah siap apa lagi..tengok sendirilah betapa banyaknya cheese dia kat roti john tu..

ni pandangan dari atas..memang yang dah kenyang tu kalau tengok balik memang akan lapar balik...serious talk punya..

saya payung lagi la gambar roti john ni...ni memang part paling best..sebab apa?sebab makanan punya pasal semua best..janji sedap..korang nak order delivery?..boleh takde masalah...011-17868177...haa ni contact number dia..apa-apa boleh contact kat dia..

walaupun lambat sikit..sebab busy tadi..abang ni beri layanan yang terbaik..dia punya cheese tu kalau boleh sampai tak nampak roti john tu..lagi satu yang bestnya pasal rasa roti john dia ni...bila campurkan dengan cheese...rasa macam pizza plak..sedap woi.
ni pulak pengakhiran untuk kedai Roti John Cheese Sekilo..ni dia punya maklumat..apa-apa boleh "refer" dekat nombor tersebut la ye...minta diri dulu..akhir kata..yang baik dari Allah yang salah itu dari diri saya sendiri.
2FEBRUARI
_____________
Ni la aizat..kemeja hitam tu..huhu..bila masuk je semua pandang macam kitorang ni pejabat kesihatan pulak..hihi..ehhhh..terlajak tajuk pulak..nak cerita pasal kafeteria kat hospital ni..Hospital Shah Alam yang terletak di Persiaran Kayangan,Seksyen 7,40000 Shah Alam,Selangor ni...kelebihan yang ada pada kafeteria dia ni..bila orang order atau nak bayar pada kaunter..memang laju..
Sebelum terlupa..ni pintu masuk ke Hospital Shah Alam..tempat dia memang bersih..tak boleh tunjuk..nak tahu kena pergi sana..saya boleh tunjuk kafe dia je..hehe..benda yang paling susahnya bila first time datang sini ialah bila nak cari parking....pasrahnya..kejap naik kejap turun..besar jugaklah hospital dia...tapi yang paling penting..(BERSIH)...haa..siap highlight lagi tau..
Pentingnya kena ada kafeteria di hospital adalah kerana untuk kesenangan pelanggan yang datang ke hospital dan untuk staff2 hospital.. kafeteria jugak menawarkan makanan yang sihat untuk pelanggan dan staff nya.
ni haa..bila masuk je pintu korang memang akan nampak terus kaunter bayaran..
19FEBRUARI
______________
Ok assalammu'alaikum para viewers..agak lama tak update blog ni..mesti semua tertunggu-tunggu kan apalah yang Aizat nak update kat blog ni..hee
Ok nak dijadikan cerita..waktu saya cuti CNY(Chineese New Year)..saya ada singgah ke sekolah lama saya iaitu SMK Bandar Damai Perdana di Cheras..Sekolah ni yang bagusnya bagi saya walaupun saya baru saja pindah ke sekolah tu pada umur 16tahun..bagusnya ialah sekolah ni sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti amal macam gotong-royong,menaik taraf sekolah dan macam-macam lagi la..cukup untuk intro..kembali kepada tajuk asal.
Benda pertama ketika saya naik masuk ke sekolah..ni la yang menarik perhatian saya..tugu tangan ni..ia melambangkan keutuhan dalam sekolah ni..bawah tugu tu bertulis "UKHWAH DIJAGA KECEMERLANGAN DIUPAYA"..kita tunjuk sedikit demi sedikit...mudah mudahan blog ni membantu.
Ni bahagian surau..sentiasa dijaga..baik kebersihan mahupun keselamatan..kalau korang perasan..ada wakaf eh disediakan oleh pihak sekolah bagi keselesaan murid-murid..bahkan guru juga boleh berehat.
Ok kita naik sikit ke bahagian atas..ni dewan Anjung Bunga Raya..kalau berkesempatan boleh singgah..jadi pelawat...lihat keliling...environment dia memang terbaik..
Ni laluan nak ke surau yang saya dah update dekat atas tadi..ni laluan bahagian belakang untuk murid-murid perempuan..kita jelajah bahagian bawah sekolah dulu..baru naik ke bahagian atas sekolah..
Haa ni la dia kantin sekolah SMK Bandar Damai Perdana..mana murid-murid??waktu ni lambat sikit je...ni waktu murid-murid sesi pagi balik..sebab tu murid-murid takde..kejap lagi kita tunjukkan sedikit environment pada sesi petang..
Pentingnya kantin dalam kawasan sekolah adalah untuk =
1. Memberikan kesempatan kepada murid untuk belajar memilih makanan yang baik dan
sihat.
2. Memberikan bantuan dalam mengajarkan ilmu gizi secara nyata,menganjurkan
kebersihan dan kesihatan.
3. Menekankan kesopanan dalam masyarakat dalam bekerja dan kehidupan bersama.
4. Menghindari terbelinya makanan yang tidak dapat dipertanggungjawab kebersihannya
dan kesihatannya
Haa ni la environment pada sesi petangg..waktu ni masih awal..so memnag tak ramai murid kat kawasan sekolah..
Kantin sekolah ni bagusya..dia ada menamal beberapa gambar mengenai kandungan-kandungan kalori dalam setiap makanan seperti mee goreng,nasi goreng,nasi lemak,laksa..dan lain-lain lagi la...kalau korang perasan dia tampal pada bahagian atas...oh sebelum terlupa..piramid makanan pun tersedia terpampang dekat bahagian atas sana.
25FEBRUARI
________________
Ok malam ni saya nak update pasal saya pergi fine dining..fine dining jenis tempat yang mewah..dia sudah siapkan pinggan sudu garfu apa semua..waiter(pelayan) datang just ambil pesanan dan sedia untuk dimakan..tempat yang saya pergi ni akan saya tunjukkan kejap je lagi..
Haa..ni la tempat dia..Tony Romas..rasanya semua tahu kot dengan tempat makan ni..dalam dia memang nampak agak berkelas la..cara penyusunan meja yang strategik..makanan pun sedap-sedap je semua.
Haa..ni menu dalam kedai Tony Romas ni..korang nak order apa..belanja gambar jela eh..hee..setakat ni belanja menu dulu ye..dah rasa lapar betul baru saya belanja gambar.


Anda mungkin sering mendengar istilah-istilah yang mengkategorikan sebuah restoran, misalnya Fast food, Fine Dining, Bistro dan sebagainya. Namun masih belum begitu faham pengertian dari masing-masing istilah tersebut :
- Fast Food Restaurant =
Sesuai namanya, restoran fast food menekankan pada layanan yang cepat,praktis dan relatif lebih murah dibandingkan pilihan-pilihan restoran lainnya. Restoran fast food ada yang berskala kecil dengan satu outlet sederhana,hingga yang memiliki rantai franchise yang besar seperti McDonald.
- Family Style Restaurant=
Restoran ini memiliki menu dan harga yang sudah fix, dimana biasanya tamu yang datang duduk bersama di sebuah meja dengan beberapa jumlah tempat duduk. Pada umumnya, restoran jenis ini dioperasikan dan dijaga langsung oleh owner-nya dan anggota keluarga lainnya, atau hanya sedikit karyawan (mom-and-pop business)
- Casual Dining
Restoran casual dining menyediakan menu-menu dengan harga standard dan suasana bersantap casual(santai). Casual Dining Restaurant biasanya melayani dengan cara table service, kecuali buffet. Restoran ini juga biasanaya memiliki bar terpisah yang menyediakan menu-menu bir dan beberapa menu wine.
- Fine Dining
Fine Dining Restaurant adalah restoran dengan full service yang memiliki kategori hidangan menu yang spesifik. Restoran ini memiliki dekorasi yang high-taste dengan staff yang terlatih dan berpengalaman dan biasanya menggunakan seragam formal restoran.
26FEBRUARI
________________
Hari ini saya nak cerita satu tempat lagi iaitu R&R KINRARA PUCHONG. Tempat r&r ni takder lah besar sangat biasa2 je..Tak banyak sangat kedai yang ada.. R&R singkatan kepada Kawasan Rehat dan Rawat..Kawasan rehat dan rawat atau lebih dikenali sebagai R&R. R&R dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. Terletak di setiap 80-100 kilometer, kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat.R&R sentiasa dinaik taraf dengan tumpuan khusus diberikan terhadap kebersihan keseluruhan terutama kebersihan tandas dan gerai makan.Diantara kemudahan yang disediakan di R&R adalah taman permainan kanak-kanak, stesen minyak,surau bagi umat islam,mesin ATM, wakaf(pondok rehat), telefon awam dan restoran berhawa dingin.
Terdapat 24 R&R di rangkaian lebuh raya PLUS.
Ini antara gambar-gambar di R&R kinrara puchong.
Ini salah satu restoran di R&R kinrara
Sampai disini sahaja cerita tentang blog saya iaitu tentang pengalaman saya dalam dunia perkhidmatan makanan.. Kesimpulan dari apa yang saya lihat kemana sahaja kita pergi sentiasa ada kedai perkhidmatan makanan... Bagi saya makanan adalah sangat penting untuk manusia.Perkhidmatan makanan pulak kita dapat lihat perbagai perkhidmatan mengikut kedai, restoran dan tempat makanan..sekian terima kasih...






















